Media sosial merupakan satu landasan interaksi sosial yang melibatkan satu cabang komunikasi baharu yang terhasil daripada persekitaran komunikasi yang biasa.Lokus komunikasi menerusi media sosial adalah tidak terbatas. Fenomena ini telah mengubah cara perhubungan yang berbeza di dalam organisasi, komuniti dan individu itu sendiri untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Pendekatan komunikasi media sosial terdiri daripada beberapa kaedah termasuk forum di internet, blog sosial, micro-blogging, wikis, podcast, gambar, video, penilaian undian pengguna dan sosial bookmarking. Variasi pendekatan cabang media sosial ini membolehkan pengguna internet khususnya mempunyai pilihan yang banyak untuk berkomunikasi antara pengguna internet.Tambahan, media sosial mempunyai kuasa yang luar biasa bagi membantu syarikat khususnya membina penjenamaan produk menerusi rangkaian jaringan, komunikasi dan penstrukturan komuniti.
Media sosial semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden pada hari ini.Perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi komunikasi maklumat berjaya menjurus kepada penggunaan saluran Internet dengan lebih meluas dalam komunikasi seharian.
Spesifiknya, dalam aspek penglibatan pengguna dalam berinteraksi melalui dalam talian (online interaction) menerusi media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter, Friendster dan MySpace. Secara amnya, penglibatan dalam media sosial adalah satu fenomena baru yang dialami oleh masyarakat yang dilihat mempunyai implikasi terhadap proses komunikasi dan interaksi serta memberikan kepuasan terhadap diri mereka sendiri.
Media sosial wujud pada tahun 1978 bermula dari penemuan sistem papan buletin yang dapat membolehkan kita untuk memuat naik atau memuat turun maklumat, boleh berkomunikasi dengan mengunakan surat elektronik yang mana internet bersambung dengan talian telefon dengan modem. Sistem papan buletin ini dijumpai oleh Ward Christensen dan Randy Suess di mana kedua-duanya merupakan pencinta dunia komputer. Perkembangan media sosial pertama kali dilakukan melalui penghantaran surat elektronik pertama oleh penyelidik ARPA (Advanced Research Project Agency) pada tahun 1971.
Berikut merupakan ringkasan evolusi media sosial dari tahun 1995 sehingga kini :
0 comments:
Post a Comment